CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 28 December 2011

Kerinduanku....

Semalam, amat sukar untukku lelapkan mata ini.. Aku tak tahu kenapa, tiba2 aku kembali mengingati sahabat2 ku.. Aku bagaikan terdengar senda gurauan  mereka.. Kata2 mereka, suara mereka.. Ohhhhhh... Aku terlalu merindui mereka... Aku masih lagi terbayang saat kami keluar lepak n jalan2 bersama.. Namun, itu hanyalah igauan aku.. Tak mungkin kami akan kembali bersatu... 

Aku akui aku amat merindui mereka.. menyayangi mereka.. Namun tiada gunanya.. Kaca yg pecah walaupun dicantum kembali tidak seindah yg asal... Walaupun aku menafikan hakikat, tp tiada gunanya.. Aku hanya lari dari kenyataan bila aku jauhkan diri dari mereka.. Tapi aku xnak mereka terus terluka dengan aku... Biarlah aku sorang yg kecewa n derita atas kemusnahan persahabatan kami... 

Aku tak nak salahkan sape2 lagi... Aku hanya insan yg lemah yg tak tahu nak menghargai kawan.. Aku tidak layak untuk berteman dengan orang semulia korang.. Aku insan yang jijik lagi hina untuk berada dikalangan korang.. Aku hanya akan memalukan korang jika kita terus bersama...

Kini aku hanya mampu berteman denganmu dalam mimpiku.. Disaat aku terlelap semalam, kenangan kita bersama kembali menjelma... Saat kita tersenyum gembira, saat kita saling bergaduh, saat kita bercerita pengalaman hidup masing2.. Saat menangis, suka dan duka kita bersam dulu... 

Aku bermimpi kembali bersama korang.. Berkongsi suka duka bersama, belajar bersama, lepak bersama... Namun bila aku terjaga semua keindahan mimpi itu hilang.. Aku rasa nk hidup dalam mimpi jer.. tapi aku xboleh.. Aku kene hadapi realiti kehidupan... Aku tidak boleh lari dari realiti kehidupan yg penuh onak dan duri ini... 

Doaku semoga korang semua sentiasa bahagia dan berjaya di dunia dan di akhirat.. Jadikanlah semua yg berlaku sebagai pengalaman hidup dan ambillah ikhtibar dari apa yg telah berlaku.. Janganlah terlalu mempercayai orang lain kerana kita lebih mengenali kawan kita itu dengan lebih jelas berbanding orang lain... 






No comments:

Post a Comment